Notis Perlindungan Data Peribadi

Pertandingan Inovasi MALA 2.0 Piala YB Menteri KPKT

(Berkuatkuasa pada: 01/01/2022)

(Terakhir dikemaskini pada: 01/01/2022)

Pengenalan

Yayasan Inovasi Malaysia mengambil berat mengenai perlindungan data peribadi anda. Notis ini menjelaskan bagaimana Yayasan Inovasi Malaysia memproses data peribadi anda bermula daripada pengumpulan, penggunaan, perkongsian dan pemusnahan serta langkah keselamatan yang kami ambil untuk memastikan data peribadi anda dilindungi sebaiknya.

Pengumpulan

Kami mengumpul data peribadi iaitu nama, alamat rumah, alamat e-mel, nombor telefon dan nombor kad pengenalan anda.

Sumber Pengumpulan

Kami mendapatkan data peribadi anda daripada:

Bagaimana Diproses

Kami memproses data peribadi anda hanya di dalam Malaysia sahaja. Tiada data peribadi yang dipindahkan ke luar Malaysia.

Langkah Keselamatan

Kami mengambil langkah-langkah berikut untuk melindungi data peribadi anda:

  • Memastikan data peribadi anda disimpan dengan sebaiknya mengikut kehendak Akta 709.
  • Memastikan kakitangan kami tidak menyalahgunakan data peribadi anda.
  • Mempunyai kontrak perlindungan data peribadi dengan pihak pembekal sistem dilantik.

Walau bagaimanapun, anda bertanggungjawab untuk menjaga kata laluan dengan baik dan tidak menzahirkannya kepada pihak lain bagi mengelakkan risiko pencerobohan terhadap data peribadi anda.

Tempoh Penyimpanan

Kami akan menyimpan data peribadi anda selagi anda menjadi pelanggan kami . Sekiranya anda tidak lagi menjadi pelanggan kami, data peribadi anda akan dihapuskan secara kekal.

Hak Anda

Kami mengambil langkah-langkah berikut untuk melindungi data peribadi anda:

  • Membetulkan / mengemaskini data peribadi anda.
  • Mengakses data peribadi anda yang kami simpan.
  • Menarik balik persetujuan memproses data peribadi.

Hubungi Kami

Anda boleh hubungi kami berkaitan data peribadi anda melalui:

Sekretariat MALA
Yayasan Inovasi Malaysia
Unit L3-E-1A & L3-E-1B,
Level 3,Enterprise 4,
Technology Park Malaysia
57000 Bukit Jalil,
Kuala Lumpur, Malaysia.